Kadang-kadang bila kita tegur, dia marah kita balik.
Kita pulak, setakat "Sabarlah. biasalah, manusia." ; sejukkan hati. konon.
"Kau jangan nak nasihat orang, engkau dulu pun 2 x 5."
Bukan niat nak berlagak persis ustazah. Aku cuma tulis, kongsikan. Kau baca, kau dapat. Tak suka, sudah.
"Eleh, yang pakai tudung pun, belum tentu lagi masuk syurga. syurga, neraka, Allah yang tentukan. Bukan kau! bodoh."
Betul.
Memang Allah yang tentukan syurga, neraka seseorang tu.
Tapi, kan dah nyata, tak tutup aurat tu dosa.
habis dosa tu bawak ke mana?
Bukan ke neraka?
Aurat,
Banyak benda kena ungkap.
Bukan setakat tudung.
Bukan setakat rambut.
Darjah satu pun belajar.
Pakaian, pandangan mata, suara, kemaluan, rambut, tangan. Pun aurat jugak.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”
(Riwayat Muslim dan Bukhari).
Bila dah bertudung, Alhamdulillah.
Cuba belajar ikhlaskan hati pulak.
”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
Bukan sebab trend, bukan sebab semata-mata nak cantik.
”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Aku cuma kongsikan.
Aku pun tengah belajar, labuhkan tudung, longgarkan pakaian.
Belajar jadi lebih baik dari kelmarin.
Insyaallah.
.
14 comments:
Tol2...yg pasti org yg xpkai tudung akn msuk ke neraka dgn pastinya...lg satu trend skrg, rmai yg kate nk bertudung..dah insaflah ape sume, tapi masih lg letak gambar tak bertudung..sepatutnya buang...hurmmm...
stuju sgt.. ramai jugak yg cakap mcm nih, ko peduli hape, kubur laen2.. pastu blum sampai seru la.. huh~~ kita doakan yg terbaek la buat dorg kan.. :) cp pon skarang cuba utk tutupkan aurat dgn btul..
p/s:tgh cari idea buat shawl yg labuh sampai bawah dada.. :)
SETUJU . . .
sape lagi nak ubah diri kite kalau tak kita yang mengubahnye . .
cik kiah pon nak blaja sikit 2x . .
^^
yg kite boleh.berusaha kearah yg baik.kalau dorg tak boleh terima biarkan jelah sis.
yeah, rmai pompuan pkai tudung smata2 nk ikut trend/fashion. then, bila boring, tudung melyg. apa sbbnya? sbb TAK IKHLAS.
Gud entry akk.. gud entry.
*** sorry kpd sesiapa yg skit hati dgn komen ni. tp sye ckp brdsrkn kenyataan. ;)
biarkan mereka ego menepuk dada...
sori lmbt bg.. ni url banner
http://i1188.photobucket.com/albums/z414/nazihanali/anigif.gif
orang macam ni kalau tak boleh dengan cara lembut .. guna care kasar la .. tapi nak buat macam mane ek ?? HUHU
zaman sekarang ni memang agak susah la nak nasihat orang. Dah macam trend pulak kalau nak nasihat orang mesti kene perfect dulu.
kalau macam tu hancur dunia, hancur islam..
yg penting kita dh tegur..lepas tanggungjawab..
kalau dia org tak dgr..biarkan ajerlah
kita berdoa semoga satu hari nnt dia berubah
insyallah
ader bunyi ustazah tak..*_*
kdg2 org yg susah nak berubah ni diorg akan bg mcm2 alasankan..yg kena blk kita jg..tp xpe la..biarla diorg nak ckp ape..yg ptg kita tau dri kita sdri..
bagusla. usaha jadi lebih baik.
MOHD NASER.com
Nak jadi seorang Muslimah sejati seperti Saidatina Fatimah R.A bukannya mudah...
Hari ini terlalu banyak fitnah dan maksiat berlaku disekeliling kita...
Tapi kita sebagai umat nabi Muhammad jgn sesekali berputus asa... Buatlah yg terbaik dalam mencari keredhaan Allah....
inSyallah
Post a Comment