Raya haji kelmarin rasanya lebih letih dari raya puasa yang lepas.
Raya haji tahun ni rumah aku buat mee kari je. Kuih-kuih takde. Raya haji, budak-budak tak datang kutip duit raya. Semua duduk dalam rumah tengok tv je. Macam tu la jugak aku. Hihi. Petang tu baru busy. Ramai adik beradik datang. Aku yang layan. Mak aku duduk menyembang je. Adik-beradik aku semuanya ada anak kecik. Macam biasa, aku jugak kena main dengan budak-budak tu.
Gambar cilok Google je.
Petang lagi sikit, aku jadi tukang masak. Eh tak, tukang potong memotong je. Siap-siap barang untuk buat ayam bakar dengan salad. Perap-perap ayam semua mak dengan kakak yang siapkan. Sos black paper abang aku buat. Salad aku yang buat. Mueeheheh sedap kot! Pandai aku buat.
Malam sibuk bakar membakar pulak. Oh ya, salad yang aku buat tu laku gila. Tak sampai sejam, habis dah orang kebas. Mesti la habis, dah sedap. Semua cukup rasa. hihi
Aku tak buat kerja teruk pun malam tu. Cuma tolong angkat-angkat pinggan, cawan je. Ulang-alik keluar masuk rumah. Tu pun kejap je. Best la jugak malam tu. Kenyang perut sampai terbawak-bawak masuk mimpi.
.

4 comments:
mmg sedap mknn smlm! sye tlg gotong royong msak kat surau.. pergh, sedap dging lmbu.. mnis jer.
akk pndai buat salad ek? nk rse skit?
hahaha setakat salad tu sesapa pun reti. :D
wah sedap!
wah sedap!
Post a Comment