}

Sunday, July 31, 2011

Alhamdulillah. tamat sudah

6 comments:
.


Saya ubah hadiah tempat ke-3 sebab dah dapat dekat blogger lelaki. # Takkan nak kasi dia kain baju kurung, kan? semua pemenang di atas akan dapat t-shirt padini. tempat pertama dua helai, tempat ke-2 dan ke-3 sehelai setiap sorang. Sila tinggalkan nama penuh, alamat dan number telefon dekat ruang komen (takkan publish) *kepada yang tak menang, janganlah sedih-sedih.

1# http://raratarmidi.blogspot.com   ✔
2# http://along-nidar.blogspot.com  ✔
3# http://nashfahrenheit.blogspot.com  ✔

Sila baca juga :
# Kelebihan-kelebihan bulan ramadhan
# Bola sepak negara : masih ada sinar
# Freebies : background blog yang comel!
# Disable highlight, disable right-click? bagus ke?
# Minumlah air cap masak sendiri.
# Ashraf / Alessha meninggal dunia

Selamat berpuasa semua. jangan ada yang beli nasi bungkus plastik hitam okay? :]
.

Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadhan

14 comments:
.
Assalamualaikum semua. Selamat petang!


# Tinggal berapa hari je lagi kita nak start puasa. harap-harap sempatlah kita nak merasa Ramadhan kali ni. saya nak ambil peluang, ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua rakan blogger yang beragama islam. saya rasa beruntung sebab dilahirkan pada bulan ramadhan. 1 march 1993/ 7 ramadhan. *tak ingat berapa hijrah* :]


Berikut merupakan Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadhan yang sempat saya Google tadi :
# Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
# Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
# Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.
# Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah pada hari qiamat
# Bagi orang berpuasa mendapat dua kegembiraan yang mana apabila berbuka dan waktu berbukanya
.

Saturday, July 30, 2011

Fakta Tentang Saya

7 comments:
.


# zaman sekolah dulu, saya seorang yang agak pendiam.
# obses kepada Coldplay
# saya tak makan seafood
# warna kegemaran : kelabu dan putih
# anak ke-6
# number kegemaran : 8
# cita-cita nak jadi peguam
# suka minum susu
# anak perempuan terakhir
# tak sombong, cuma pemalu.



.

Ashraf / Alessha meninggal dunia

14 comments:
.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.



.

Friday, July 29, 2011

semakin hari semakin kurang.

14 comments:
.

hati :
follow sebab nak join giveaway,
tak menang cepat-cepat unfollow.


tak kisah.'members' hanya pada nombor.
tak lebih.

kesimpulan, 
tak payah follow kalau tak ikhlas.
buat sentap saja



.

Wednesday, July 27, 2011

# WW : renab

14 comments:
.
video


Tuesday, July 26, 2011

pengumuman : senarai pendek pemenang

21 comments:
k .
Assalamualaikum. Selamat petang semua!


Senarai pendek bakal pemenang giveaway salwaismail.blogspot.com
# http://nashfahrenheit.blogspot.com/p/salwaismailblogspotcom-giveaway.html - jadikan page dan antara terawal join
# http://akulahe-rapasha.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html - buat pantun
# http://mentega-terbang.blogspot.com/2011/07/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
# http://raratarmidi.blogspot.com/2011/07/salwaismailblogspotcom-giveaway_24.html - stiky-post dan review
# http://sheilajulmohamad.blogspot.com/2011/07/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
# http://along-nidar.blogspot.com/2011/07/salwaismailblogspotcom-giveaway.html - gambar dialog

contoh entry menarik tapi saya terpaksa reject sebab tak tag dengan betul
# http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/07/salwaismailblogspotcom-giveaway.html

Saya mintak maaf sangat kalau ada yang tak berapa puas hati dengan senarai pendek di atas. honestly saya sendiri tak tahu nak pilih siapa sebagai pemenang. nasib baik jugak tak ramai yang join, kalau tak, lagi bertambah pening saya nak pilih. sebenarnya, ramai lagi yang patut ada dalam senarai di atas. tapi saya terpaksa reject dengan 'sebab' jugak. pemenang akan saya umum pada 31 Julai. hadiah ni kira rezeki ramadhan lah kan. pssttttt, saya tak berapa minat blog yang dibuat khas untuk contest dan giveaway.

antara terawal join : 
http://littlequeenstory.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://azrideris.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://cikedispedas.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://nashfahrenheit.blogspot.com/p/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://nonasani.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html 
http://alyafify.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://ipai-ans.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://mieraishak.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2011/06/1st-salwaismailblogspotcom-giveaway.html
http://addicttogiveawaycontest.blogspot.com/2011/06/salwaismailblogspotcom-giveaway.html


#jangan risau kpd sesiapa yang tak tersenarai, Insyaallah 1 ogos ni, saya buat contest lagi. jangan putus asa, joinlah lagi! # yang penting, halal dan saya ikhlas sedekahkan dekat kauorang.

p/s : saya tak mampu puaskan hati semua orang.

Saturday, July 23, 2011

disable highlight, disable right-click? bagus ke?

20 comments:
Assalamualaikum. Selamat petang semua. Saya guna number celcom sekarang. oleh sebab tak ramai yang tahu number baru tu, jadi saya decided taknak buang lagi number lama. semalam saya sempat check number tu. #tut-tut mesej masuk. kauorang nak tau apa isi mesej tu? bilamasa saya jadi lesbian pun tak tau.
RM0.00. Helo yang! semalam aku dah tinggal mesej gambarku yang peribadi tu kepada yang. tengoklah dengan taip ON HK dan hantar ke 37873. optout call 0128728676.
cis cis cis! -,-

#Giveaway dah dekat sangat dengan dateline. sesiapa yang belum join lagi, cepat-cepatlah join. 25 haribulan Julai tahun 2011 tepat jam 3 petang, penyertaan giveaway akan ditutup. rasa macam baik hati je, saya nak tambah hadiah saguhati. join cepat-cepat!

Tutorial Mozilla Firefox :
Nak copy artikel dekat blog yang disable highlight? nak copy artikel dekat blog yang disable right-click?
  1. Klik Tools
  2. Klik Options 
  3. Klik Content
  4. Un-tick Enable Javascript

Saya pernah masuk sebuah blog *penjodoh bilangan untuk blog ape?*, jenuh klik kotak alert dia. kemain banyak lagi. nak bukak new tab dengan klik right-click pun tak boleh. asal right-clik je, bertabur ayat caci-maki keluar dari kotak alert.

Nota :)
# Kalau nak disable right-click, seeloknya jangan letak alert. meskipun kauorang buat disable highlight atau disable right-click, orang masih boleh buat highlight/right-click dekat blog kauorang.
# Orang klik-kanan tak semestinya dia nak mencuri. maybe dia nak bukak new tab. tak baik buruk sangka tau tak.

.

Wednesday, July 20, 2011

minumlah air cap masak sendiri.

33 comments:
.
Assalamualaikum. Selamat petang semua. honestly, saya senang hati sangat. # sejak-sejak dapat buffered earning nuffnang kemain senang hati kau ken. senang hati bukan sebab buffered earning yang tengah running tu je, tapi senang hati sebab giveaway dah dekat dengan dateline. sesiapa yang tak join lagi, cepat-cepat lah join. Teeeeet! klik link di bawah kalau kauorang nak dapatkan icon yang cecomel ^^ http://babydoll.nu/tagged/smilies
# Kalau kauorang yang pernah datang dan perasan, dekat Georgetown, ada banyak banner Celcom di tepi-tepi jalan, dengan loghat utara. "Penang Pakai Celcom", "Sekupang sahaja" dan macam-macam lagi. * kalau silap sila jangan baling sos, saya bukan mesin yang ingat setiap patah perkataan yang ada di papan iklan sepanjang jalan.

entry kali ni, saya nak kongsikan dengan kauorang pasal H2o. sejak kebelakangan ni, kawasan tempat tinggal saya jarang sekali nak hujan. bila dah tak hujan, mesti la panas, kan? cuba kita tengok dia luar negara sekarang, suhu meningkat sehingga 60' celsius. # hebat dak? boleh jadi saintis dak? *saya tengok buletin 1:30 tadi. kalau kauorang nak baca lebih lanjut tentang air,  tengok blog ni. saya ambil sedikit maklumat tentang air di blog beliau untuk tulis entry ini.  http://terkinibersama.blogspot.com

Antara tanda bahawa badan kauorang kekurangan air :
Cepat letih/tidak aktif, Terlalu dahaga dan mulut kering
Mengantuk, Air kencing sedikit dan pekat
Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
Lemah otot, sakit kepala dan pening

saya dah amalkan minum air masak/ mineral empat (4) botol (1000ml / 1 liter) setiap hari. terkejut tak? ya, memang banyak. bila tak cukup 4 botol, bibir saya akan jadi kering dan tidur tak lena pada waktu malam. pada awalnya saya minum  banyak air  sebab nak normal-kan tekanan darah saya. # saya mengalami tekanan darah rendah. kalau kauorang nak tau, kita digalakkan meminum air selepas bangun tidur, sebelum tidur, setengah jam sebelum makan, setengah jam selepas makan dan sebelum mandi.

apa yang saya buat kalau makan di luar, saya akan beli dua gelas air. satu gelas air berperisa (selalunya saya order jus oren ataupun sirap limau sebab saya suka minum air yang masam), dan satu gelas air suam. kalau kauorang nak tau jugak, air bagus untuk kecantikan. macam pokok yang kena siram hari-hari, mestilah tumbuh bunga yang cecantik kan?

p/s : minumlah air banyak-banyak! :D 
p/s/s : iklan celcom tu tengah running. klik dia selow-selow okay?

Monday, July 18, 2011

Tip jadikan blog disukai ramai, menaikkan jumlah followers & traffic.

45 comments:
.
Assalamualaikum. Selamat petang. hari ni saya rasa nak bagi  tips sikit dekat korang. # geli sikit dengan penggunaan 'saya' bila nak tulis entry, tapi tetap nak tulis 'saya' juga sebab dah kena tegur dengan seorang blogger lain. mungkin sesetengah orang tak suka dengan penggunaan 'aku', dengar kasar bukan? klik kalau nak baca lebih. dengan ini bermulanya entry ini, saya merasmikan penggunaan kata 'saya' dalam blog SalwaIsmail. nak join giveaway yang saya buat? KLIK SINI.

Tip jadikan blog korang disukai ramai sekaligus menaikkan jumlah followers dan traffic harian.
# tajuk pun dah mencabar minda jiwa dan raga. sila gelak hahaha.

* ENTRY
# tulis entry original. tak kisahlah entry tu cerita pasal apapun, asalkan original dan menarik. saya tak cakap entry copy-paste tak baik, tapi seeloknya, tulis la sendiri entry tu. tambahan, Nuffnang memang galakkan blogger tulis entry original. rajin-rajinlah update blog. kalau tak update, macammane orang nak masuk baca,kan? korang boleh juga buat tutorial, IF AND ONLY IF korang terer. tutorial blog memang kerap orang masuk.

* RUPA DAN KEADAAAN BLOG
# kalau blog korang kemas, teratur dan cantik mesti orang suka jenguk blog korang. loading blog yang terlalu lama, buat orang taknak masuk blog korang, jadi jangan serabutkan blog dengan widget yang terlampau banyak. cara lain untuk cepatkan loading blog ialah dengan meletakkan maksima lima (5) entry per-page. kebanyakan blogger letak 2-3 entry per-page sahaja.cara penulisan tersendiri buat orang suka baca entry yang kita tulis.

* PERAMAH
# jadilah blogger yang ramah, rajin komen entry blogger lain, rajin blogwalking, rajin follow dan bermacam-macam lagi rajin. kalau kita buat baik dengan orang, orang pun akan buat baik dengan kita. jangan lupa submit url blog kita dekat Google search engine.

NOTA :
-bagi tips tak semestinya menunjukkan yang saya dah cukup bagus. saya cuma sekadar berkongsi.

# setelah sekian lama mengadap metered earning, akhirnya nuffnang bagi satu (1) buffered earning. kalau korang nak tau, baru semalam saya beli number celcom. jangan lupa klik setiap kali masuk blog salwaismail okay? hee :D
 # traffic menurun T.T
.

Sunday, July 17, 2011

Tahajjud Cinta TV3 Macam Taik

11 comments:
.
Tahajjud Cinta TV3 Macam Taik, Taik dan Tahajjud Cinta Takde Beza

kenapa ambil pelakon yang tak bertudung? kenapa tak cari pelakon yang sememangnya dah bertudung?
dalam drama kemain lagi pakai purdah bagai, habis drama? gambar bogel merata-rata.
dalam drama pandai cakap pasal dosa, pahala, halal , haram, habis drama, buat-buat lupa.
saya faham niat Erma Fatima yang dah buat drama islamik ni, tapi saya rasa, dia dah salah jalan.


 yang mana lagi manis ?


 dunia sekarang.

untuk renungan semata-mata

Friday, July 15, 2011

siapa cakap yuyu zulaikha je ada 'si comel'?

24 comments:
.
video

#sila cakap renab ni lagi comel dari kucing yuyu


memorycard rosak. jadi kena guna memory henpon je. tak boleh rakam lelama. 2 saat cukup. jangan tamak. hahaharhar ;D

# blog ni hodoh. malam karang nak design balik.
# ada orang tanya, "kenapa aku suka re-post entry lama?" : aku suka re-post entry lama sebab nak tambah jumlah komen dan page-view entry tu. 

Thursday, July 14, 2011

cita cita menjadi super-women dah tercapai.

14 comments:

Assalamualaikum semua. selamat pagi! hari ni bersemangat lain macam je. bangun awal pegi jogging, tetiba je rasa macam dah jadi superman. sejak sejak jadi penganggur, badan pun dah rasa malas. sini malas, sana malas. lepas baca entry seorang blogger yang menyatakan bahaya bila mengadap komputer lebih dari 5 jam, tiba tiba rasa macam cahaya keinsafan muncul dalam diri.

dulu update blog 2,3,4 kali sehari. tapi sekarang nak tulis entry sehari sekali pun malas. kadang kadang re-post je balik entry entry lama. buku apatah lagi. tinggal berhabuk je. rasa macam otak ni makin tak berguna tahap keterlaluan. sampaikan 8 tambah 7 pun lambat nak kira. terpaksa tumbuk kepala sendiri berpuluh ratus ribu kali supaya dia aktif semula. 

# kem plkn bukit besar. kenangan dikala bangun 5 pagi dan berlari lari ke atas bukit untuk buat PT pagi. terasa diri aktif sekali. :')

risau bila tengok cermin. muka makin berisi tapi badan tetap underweight. rasa diri ni makin tak berguna bila terkenangkan baju busuk yang dibiarkan tak berbasuh. banyak pulak tu. bila puan besar beleter, sudah pandai berbalas tembakan. cepat cepat pegi rasuah puan besar dengan buat baik dan konon rajin. tolong picit kaki dan sebagainya. tak rela jadi anak derhaka. 

mulai hari ini, beta berjanji tidak akan malas lagi. beta akan bangun pagi berjoging dan buat kerja rumah yang selama ini beta tinggalkan. malas, tolong pergi jauh. jangan hasut lagi. jangan rosakkan anak muda yang rajin, baik hati, ringan tulang seperti beta. tak rela. beta tak rela. 

malas blogging, sila pergi jauh.

17 comments:
.
Assalamualaikum. selamat petang! memandangkan blog aku dah tak jadi blog kesukaan ramai orang, aku tak nak dah tulis pepanjang. serius ni. serius. tak nak dah tulis entry pepanjang. bukan ade orang nak baca pun. sedut hingus dalam-dalam. kesat air mata dekat hujung lengan baju. #bajet drama tv tiga je kan. entry sedih cenggini sangatlah tidak bermutu, jadi lebih baik berhenti tulis sekarang. 

tersenyum lebar tengok gadget followers kt sebelah tu. perasaan sedih menusuk kalbu tadi terus hilang. hidung kembang tak boleh nak cover dah. 1495. ribuan lemon dah mereka. tipu betul kalau aku cakap followers tak penting. agak-agak hujung tahun ni boleh dapat dua ribu tak? #sambil pasang lagu hindustan. terima kasih kepada semu followers. harap kau orang datang baca tiap kali aku update blog. sorang tinggalkan satu komen, jadinya satu entry dapat 1495 komen. hahaharhar. riak terus. 
# letak print-screen gadget followers bukan sebab riak, tapi sebab bangga. bangga dan riak lain okay.

aku remove ramai kawan kat facebook tadi. isk. tak tau lah. malas dalam diri dah melampaui ketinggian aku. malas nak guna facebook, malas nak update blog. semua malas. rajin makan je. makan makan makan. hari ni ada pasar malam dekat dengan rumah. tepuk tepuk poket seluar check duit tebal lagi ke tak. :')

maaf yang banyak untuk semua pembenci tegar belog salwaismail. ini personal blog. serius tak ada yang berguna untuk dijadikan contoh dan tauladan sebab penulis blog ini sangat tidak bermoral. sesape yang nak join giveaway salwaismail, klik sini

surat cinta untuk salwa :

kepada salwa yang pemalas, kurangkan rasa cepat marah anda sebab semua orang akan benci anda. sila jadi rajin dan baik hati demi masa depan negara. 
.

Monday, July 11, 2011

blogger sejati? pembaca setia?

13 comments:
.
Assalamualaikum. selamat petang readers. apakah? bajet gila tulis '"readers". berita tergempar di abad ini (tak siapa peduli) , kelmarin punya traffic tak sampai seratus. serius. tak percaya sila tanya Encik Nuffnang yang kdekut tu. kunyah cokodok pagi tadi sambil buat muka sedih. tak kisah la kan, personal blog. sape la manusia paling baik hati mulia jiwa raga yang sudi baca entry pasal budak perempuan lapan belas tahun, empat bulan, sepuluh hari ni kan?


Serius, rasa makin jauh je dengan blog ni. rindu sangat dah nak update blog tiga, empat post sehari. bukan sebab busy, bukan sebab internet kena potong tiga bulan tak bayar, bukan juga sebab jari patah. tapi sebab "not in blogging mood." aku speaking lah dollah. sila tepuk tangan! mouse ni menggeletar je nak tekan "new post" tiap hari. malangnya, otak kata, "beeeeep! sorry babe, aku blur tak tau nak update apa. sila cuba lagi tahun depan." sila baling telur busuk dan gelak HAHAHA dekat aku. nampaknya aku bukanlah seorang blogger sejati lagi. "Abang Bengg, sila maki saya agar saya jadi seorang blogger yang lebih sejati dari anda."


Tanda-tanda aku bukan lagi blogger SEJATI. lebih kurang sejati macam lagu WINGS tu. #gig Gigi semalam best! 
1. malas nauzubillah nak update blog.
2. letak lagu auto-play. oleh kerana terlalu obesiti obses dengan Random Awesome dari Yuna.
3. giveaway tidak mendapat sambutan meriah macam Jom Heboh.
4. masih lagi tulis entry pepanjang bajet macam ada orang nak baca.

wishlist untuk salwaismaildotbelogspotdotcom:
1. cantikkan blog.
2. dapatkan pembaca setia.
3. dapatkan duit nuffnang yang beriban. 
4. dapatkan boyfriend a.s.a.p #nak letak gambar besar gedabak lepas tu cakap, "heh, ingat engko je yang ada boiren?" okay, no 4 ni tipu je.


Jiwa meronta-ronta nak pembaca setia. A P A K A H ? #bajet remaja masa kini. pembaca setia tak semestinya dari kalangan followers yang beriban tu. silent readers, para haters yang selalu komen mengutuk setiap entry kita pun merupakan "pembaca setia". "gila rajin engko masuk belog aku hari-hari cari entry baru!" sila BERSIHkan hati anda supaya nanti aku boleh kiss engko memuahmuah sebab selalu jenguk blog aku. its time to stop hating and start loving.
.

Tuesday, July 5, 2011

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

9 comments:
.
Assalamualaikum semua. selamat petang!

kawan -kawan semua dah pergi daftar politeknik kelmarin. aku je tak. dapat engineering, serius aku tak minat. dah bukan rezeki aku jugak mingkin. kepada semua yang dah mendaftar masuk kelmarin, semoga berjaya. belajar rajin-rajin! kepada yang belum kemana-mana lagi sekarang, jangan risau. ada ambilan kedua untuk universiti teknologi mara. kau orang boleh rujuk sini : http://pengambilan.uitm.edu.my.

ramai yang cakap, ambilan kedua uitm senang dapat. oleh sebab  ramai lepasan spm yang dah sambung belajar tempat lain, jadinya sebilangan kecil je yang memohon ambilan kedua. ada kelebihan di situ. # uitm akan rujuk keputusan spm jugak. tapi tak salah kalau kita mencuba kan? rezeki ada di mana-mana sahaja. kalau kita ada niat untuk belajar, kerana Allah, insyaallah Dia akan bantu.


alhamdulillah, loading blog dah kembali laju. sebelum ni blog aku load lambat sebab ada broken code. terima kasih kepada seorang blogger, (Nash) yang dah tolong aku melalui komen yang dah dia tinggalkan kat entry "berhenti blogging?" bila aku semak balik code html, ada code yang tergantung untuk saving mode widget yang pernah aku buat sebelum ni. 

# ramai blogger baru muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
pesan aku, blog bukan tempat nak lepaskan amarah kita kepada orang lain. blog tempat kita enjoy, bercerita, berkongsi dan sebagainya. gunakan dengan baik. boleh tengok entry "perkara yang blogger baru patut tahu" sebagai rujukan kau orang.

# awal pagi tadi, aku remove kawan dekat friend-list facebook aku. 
ramai. entah lah. aku pun tak faham. dia orang add, tapi langsung tak pernah tegur.  aku yang sombong atau dia orang yang sombong, aku sendiri tak pasti. aku dah letak floating button facebook dan twitter aku kat sebelah tu. mudah kalau kau orang nak contact, kan?

klik sini kalau kau orang nak aku editkan blog kau orang. dan klik sini kalau nak join giveaway yang aku anjurkan. tak cukup 40 orang lagi. klik sini untuk lihat senarai peserta. sila like blog ni kalau kau orang suka. :)
.

Monday, July 4, 2011

berhenti blogging?

11 comments:
.
Assalamualaikum semua. selamat petang! dah lama aku tak update blog ni kan? asyik dok menipu dengan re-post entry lama je. last last terkantoi jugak dengan seorang blogger yang aku tak tau nama sebenarnya (ipai). bukan dah tak minat blogging, tapi cuma nak kurangkan sikit penggunaan komputer. alasan, tak nak mata cepat rosak dan tak nak mati cepat. isk. mengadap komputer lebih lima jam boleh tingkatkan risiko mati awal ya kawan kawan. apa- apapun, semestinya ajal maut di tangan tuhan.

alkisah kelmarin memang dah tulis post pun. post pendek untuk hebahkan yang aku dah tukar nama domain blog ni jadi http://busuks.blogspot.com. domain je busuk. tuannya tidak sama sekali. harum semerbak sewangi sabun dove. :') malangnya, tak sampai sehari pun aku guna domain busuks tu. oleh sebab rasa sayang dan cinta yang utuh untuk domain salwaismail, aku tukarkan semula domain blog ni jadi http://salwaismail.blogspot.com.

 
# ini buat aku rasa rugi kalau tukar nama domain tu.

insyaallah, bila dah ada duit lebih nanti, aku nak beli domain .com. insyaallah boleh jadi salwaismail.com sebelum habis tahun ni. anggap je ni sebagai azam tahun 2011 aku. perhatian, aku tak ada kaitan dengan shalalalala, salwar kameez mahupun salwa mee udang yang google tunjukkan tu okay. kejadah. aku tak makan seafood.

berapa sangat la berat blog aku ni. ringan je, tapi pelik bila dah semakin ramai yang complaint blog aku load gila lambat. bukan diaorang tipu, tapi sesungguhnya bila aku sendiri yang bukak pun load lambat jugak. 1 entry per page, dengan gadget yang penting sahaja aku letak. sepatutnya kau orang lagi excited kalau nak masuk blog aku. tapi sekarang dah lain jadinya. :') 

 
# terkenangkan loading blog yang terlalu lama, aku cepat cepat pergi google dan search 'check berat blog'

"kepada mu, aku terus terang," pada awalnya aku buat blog hanya untuk jadikan hobi. dan sekarang ia tetap kekal menjadi hobi. aku harap, hobi ni akan kekal sampai aku tua, bila cucu dah tiga puluh orang nanti. boleh juga aku wasiatkan blog aku ni dekat diaorang. :')

  # hasil carian google, 'check harga blog'. murahnya harga blog aku. kalau rasa nak jual, sape nak beli? sorang pun tak hingin

kalau kau orang pun rasa macam teringin nak check berat blog kauorang, klik SINI dan kalau kau orang pun rasa macam teringin nak check harga blog kauorang, klik SINI. harap maaf, tajuk entry tak ada kaitan dengan isi entry. and lastly, terima kasih kepada kak amalina yaacob sebab dah upah aku edit blog dia. biarpun aku tak pandai edit blog orang, atleast dia tetap puji 'cantik'. sesiapa nak aku editkan blog, klik SINI.

perhatian kepada sesiapa yang nak sertai giveaway yang aku anjurkan, sila klik SINI.
.