#Pesal tajuk entry gelabah semacam je?
Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang.
Ayuh kita layan gambar print-screen dulu
Diaorang ni macam tau je saya tak suka tulis entry cenggini. tapi lagi nak mintak. -,-
Okay, mari kita mula. //sila pasang lagu Dan sebenarnya dari Yuna atau Sekadar lelaki biasa dari Feelhoney untuk lebih feel.
Cinta? saya tak pandai. \cis, aku takde boyfriend kot. lagi nak perli?/
Cinta tu tak bermaksud pada manusia je.
saya cintakan Renab saya.
"Awak,awak, bile itew jato cinte, itew rase malu. itew akan pendam and pendam. itew pandang diew dary jao jea. bilew diew pandang itew, itew cuke cangat."
"Wa kalau jatuh cinta wa cool je. buat apa nak kejar-kejar dia derr. kalau kejar, lagi dia jual mahal derr. lu bikin wa panas!"
"Saya ye, bila jatuh cinta ye, saya akan masuk minang terus ye. sebabnye, saya tak nak dia ye lepas dekat laki lain ye."
Cinta tu kan anugerah tuhan?
// Cinta kena reject? parah.
Kalau kauorang lelaki,
Perempuan akan bagi 1001 alasan bila dia tak sukakan kauorang.
Once you try but you failed, don't try again goofy!
#ayat brengsek nak mematahkan semangat serta tulang-tulang yang ada.
Kalau kauorang perempuan,
Dia nak, dia datang. dia taknak, engkau blah.
girl have a power where boy don't.
Tapi kalau sebaliknya kauorang yang men-
reject orang,
Jangan bagi harapan. patah hati itu sakit
kronik.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya.
Kaca atau permata seseorang itu bukan dinilai dari luar.
Walau apa sekalipun jenis cinta yang kauorang lalui jangan lupa, tak akan ada cinta sehebat cinta kepadaNya.
Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta terbaik hanya denganNya.
Cintakan bunga, bunga akan layu
Cintakan harta, harta akan habis
Cintakan manusia, manusia akan mati
Cintakan dunia, dunia akan binasa
Cintakan Allah, kekal abadi.
Moral of the value :
Toksah gedik nak bercinta lagi. suaq dalam pun makpak yang bayaq.