}

Thursday, May 31, 2012

Future husband :P

Assalamualaikum. Hi korangggg! :)

# Warning! Ni entry gatal hahaha

Bila umur dah menganjak masuk 19 tahun ni, gatal nak kahwin tu makin menjadi-jadi lah pulak haha xD Kalau ikut perancangan jangka panjang, Salwa plan nak kahwin umur 27. Hihi lagi 8 tahun. Biasalah, nak bina kerjaya dulu. Lepas tu nak senangkan hidup emak tersayang :’) haaaa lepas tu baru boleh pasang bijik mata luas-luas cari future husband huehuehue

Pandai agama
Yang ini mesti letak on the top lah. Kalau pandai agama, baru boleh bimbing keluarga, baru lah layak dipanggil ketua keluarga. Bukannya main lepas tangan dekat ustaz dan ustazah dekat sekolah anak-anak tu je.
Wahai orang orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu ; penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. At-Tahrim : 6

Bijak
Encik future husband mestilah kena bijak. Kalau tak pandai, macam mane nak jadi pemimpin keluarga kan? Nanti suka hati perut limpa kepala otak dia pulak nak jatuhkan talak lah ape lah. Tak pasal-pasal jadi janda berhias bling bling pulak :P

Berharta
Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.
Bukan wajib kaya raya macam Datuk K tu, tapi kena la ada simpanan sendiri. Ada kereta sendiri, rumah sendiri. Takkan dah kahwin nanti nak menyewa merata-rata? Kena la pandai bajet untuk masa depan sekali. Kalau tak simpan duit sendiri, alamatnya duit hantaran pun terpaksa buat bank loan -_______-“

Ada rupa
Kena la ada rupa sikit. Comel sikit. Handsome sikit. Macho sikit. Muka bersih berseri-seri sikit *cahaya keimanan hihihi* Alaaa sikit-sikit je pun takpe. Yang penting manissssss tu banyakkkkk

Bersifat kekeluargaan
Nanti boleh candle light dinner tiap-tiap hari. Hari cuti boleh lepak dengan family dekat rumah takdelah asyik nak keluar main golf je *Eh ehh bajet macam nak kahwin dengan datuk-datuk pulak :P Lepas tu breakfast dekat rumah, lunch time pun balik rumah, dinner pun nak dengan family awwww sweet gitu haha
Cuti sekolah pergi holiday dengan anak-anak huehue sweet! Bawak pergi Zoo. Erk? Ish taknak lah Zoo!

Pemalu
Ini additional characteristic :P
Bukan bodoh sombong ye kawan-kawan, tapi pemalu! Sebabnya, orang pemalu ni kan kureng sikit bab-bab nak mengorat aweks hihi

Okay tu je kot. Tak boleh demand sangat. Nanti risiko jadi an-dar-tu tu tinggi mencacak!
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka” ; An-Nisa 4:34
Tapi, kalau nak suami yang fulfill semua ciri yang kita nak, kita sendiri pun kena la ada ciri-ciri tu jugak sebab... “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang baik untuk lelaki baik”; An-Nur ; 26. Jadi kawan-kawan semua, tak kira jantina, moh le kite berusaha jadi lebih baik dari hari ke hari. Peace yawww!

; Siti Salwa Binti Ismail

.

8 comments:

иʋя 'αιƨʏαн κнαℓιℓ said...

betol2 . yg pnting agama . wajib diutamakan .:)

nadia farhana said...

betul2 agama plg penting

iEdA said...

stju dgn hal2 2 tpp agama mmg no.1 lah ^_^

KAMI ;) said...

amboii.. siap ada warning entry gatal lagi.. haha..
:D

iyka zulaika said...

amboiii. tak sabar nak kawen dah eh. hehe :P

salwaismail said...

haha :P

Gen2Merah said...

rasanya saya mempunyai ciri2 seperti di atas.... ekekekek ;P

Nurul Fazlina Mohamad Zahran said...

Hai!

Done following ur blog
kalau sudi, meh la blogwalking blog sye..
dan follow :D

btw, very impressive blog!

http://fazlinazahran.blogspot.com/