}

Thursday, June 30, 2011

1st salwaismail.blogspot.com giveaway

94 comments:
Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim

Hadiah  :

1st place : 
2 Helai T shirt  Padini + Majalah Gen-Q dari Pustaka NurIman

2nd place :
Sehelai T shirt  Padini

3rd place :
Kain baju kurung cotton



Cara dan syarat penyertaan : 
  • Untuk semua followers http://salwaismail.blogspot.com sahaja. kalau bukan follower, sila follow dulu okay? Mesti like blog ni.
  • Buat 1 entry bertajuk : SALWAISMAIL.BLOGSPOT.COM GIVEAWAY yang mengandungi header blog ini, dan juga jawapan bagi soalan di bawah. linkkan terus ke blog ini.
  • Tag kepada dua rakan blogger. lebih pun tak apa. sila pastikan diaorang tau. 
  • tinggalkan url korang di ruangan komen

      Kenapa saya perlu pilih korang sebagai pemenang/penerima?


    Tarikh tutup :
    25/7/2011 jam 3 petang


    Pemilihan pemenang :
    Dari entry  dan jawapan yang korang submit.


    ditutup!

    Wednesday, June 29, 2011

    entry lama, baru rasa macam nak publish

    30 comments:


    assalamualaikum, selamat malam semua. nyamuk cukup banyak malam ni. rasa macam nak aku pijak pijak je diaorang. apasal tak tau, malam ni rasa nostagia sangat. habis entry entry lama aku view balik. lepas tu mula la gelak sengeh, gelak sengeh sorang sorang sampai abang aku usha lain macam je. "apa tengok tengok?

    *bunyi lagu hindustan kuch kuch hota hai dekat handphone Nokia 3g s 3310 aku. tak lah, tipu je, sebenarnya. aku mane layan lagu laqa laqa ni. layan maher zain je. tiba tiba je rasa nak buat muka paling suci. isk. entry ni suppose  to be entry sedih menyayat hati. tapi dah lain macam je bunyi.

    hello, assalamualaikum. ya?
    la hang ka? ha okay babe. esok aku pi rumah hang.

    kawan aku call suruh pegi rumah dia.

    okay sambung balik. aku naik vespa atuk aku pegi blogwalking satu kampung. rumah sape cun semua aku singgah pekena milo ais dulu.  singgah rumah mak cik yuyu zulaikha kat hujung kampung tu, kemain besar lagi dia pasang signboard happy pades day.  tiba tiba sayup hati. teringat arwah ayah. tu la pasal. malas la nak blogwalking / blogvespa-ing time orang tengah sambut pades day. "sat gi mola la kami nak teriak sebab rindu ayah kami."

    arwah ayah meninggal 10-10-2005/7ramadhan.

    aku dengan family members yang lain memang tak diajar sambut pades day (father's day). 

    dulu kecik kecik, bila cikgu suruh buat kad semperna hari bapa, aku cool jeh. bila dah siap, sampai masa nak bagi dekat ayah, mula la nak kencing dalam seluar.  sengeh macam kerang busuk, hulur kad, hulur tangan, cium tangan ayah sambil cakap semoga panjang umur, lepas tu blah cenggitu je. malu sebenarnya. ayah aku garang, jadi memang tak biasa buat benda romantiksss cenggini dekat  beliau. tetiba je rasa bushing.

    kitaorang memang rasa kehilangan beliau. masa tu aku baru darjah 6.  bohong la kalau aku cakap aku alright je bila ayah tak ade.  balik sekolah kawan kawan ayah diaorang yang jemput. "adeh mak, adik sentap betul ni."

    aku tak suka orang pandang kekurangan yang aku ada.

    walaupun ayah aku dah tak ade, tapi dia sentiasa ada dalam hati kitorang semua. tak pernah lekang. aku teringat misai ayah. "wow, abah hang ada misai. mak aku cakap, sapa ada misai, dia garang macam singa! abah hang mesti macho gila sebab dia garang kan?" 
    allahyarham ismail bin tayeb :')

    sekarang, amal ibadat dan doa saja yang aku mampu hadiahkan untuk ayah semperna hari bapa.

    alfatihah

    aku dah nak masuk tido. sape tinggalkan komen / follow, besok aku hit korang balik. muah sebijik!

    Tuesday, June 28, 2011

    cerita dongeng part 1

    2 comments:
     .
    Ini cerita saya dan dia. maaf, ini bukan cerita dongeng seperti dongeng Cinderella, Snow White, mahupun Rapunzel. tapi ia lebih kepada dongeng Beauty & The Beast. dia Beauty, dan saya pula Beastnya. saya dan dia bertemu disuatu tempat yang pelik. tempat pelik yang lebih kurang seperti Penjara Pudu. oh, tidak. itu PLKN sebenarnya. setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan hukuman Lompat Bintang. Lompat Bintang ini saya belajar semasa di Tadika dahulu.

    saya dan dia telah ditempatkan dalam BK yang sama. tolong jangan salah faham, BK ialah Bilik Kuliah, bukannya Bas Kodok. dari sini, saya dan dia berkawan. ibarat Ais Kisar Coklat/Chocolate Ice Blended. dia Serbuk Coklat yang manis dan digemari semua, manakala saya cuma Ais Kiub yang tak habis-habis buat orang sakit gigi. awalnya saya fikir dia ibarat Minyak Seri Murni, sombong dan hanya bergaul dengan orang tertentu sahaja. ternyata sebenarnya dia ibarat Air Mineral. mudah bercampur, tapi tidak pada minyak.

    suatu petang yang indah, bertambah-tampah indah apabila saya dan dia buat kali pertamanya berbual. ah bukan, itu bukan satu perbualan. dia hanya tanya Satu Soalan Bodoh dan saya pula hanya berikan Satu Jawapan Bodoh atas Soalan Bodohnya itu. dia tidak tahu, Soalan Bodoh dan Jawapan Bodoh itu telah buat saya tak tidur malam sehinggakan saya hampir-hampir tertidur ketika PT Pagi berlangsung. apa jenis rasakah ini? saya sendiripun tidak tahu. tiba-tiba sahaja saya terasa seperti mahu keluarkan Otak saya, kemudian cuci dan jemur di ampaian. setiap kali ternampak dia, saya yang dahulunya seperti Tupai Sombong berubah menjadi Monyet Gedik. maksud saya, ianya cumalah Satu Transformasi di dalam Hati. luarannya, saya masih Cool seperti sediakala. saya Rasa, saya sudah sukakan dia.

    kini tiba hari terakhir saya dan dia di tempat pelik itu. saya tidak sedih pada hari itu. malah saya gembira kerana sekurang-kurangnya saya sudah tidak perlu berubah menjadi Monyet Gedik lagi. tambahan, saya sudahpun punya Kenangan dengannya. biarpun hanya sekeping Gambar Rosak dek senyuman saya yang seperti Kerang Busuk. saya tak makan Seafood, harap maklum.

    hingga saat ini, saya masih menyimpan gambar itu di dalam Tong Sampah Bunga-bunga. saya sangat beruntung kerana Mama tidak menyimpan kunci bilik anak perempuannya ini. jesteru saya tidak perlu kuatir kalau-kalau Sampah di dalam Tong Sampah Bunga-bunga tiba-tiba menjadi Chipsmore. saya sangat sayangkan Sampah ini biarpun ianya hanyalah Gambar Rosak. Rasa Ini, akan saya kunyah dan telan seperti saya mengunyah dan menelan Karipap Din yang Dewan Makan sediakan, setiap petang, setiap hari kerana saya tahu, Rasa Ini tak patut wujud.

    .

    Monday, June 27, 2011

    the truth about blogging

    10 comments:
    .

    dalam seribu, cuma seorang je yang betul betul support.
    i 'm STRONG.
    .

    Sunday, June 26, 2011

    perkara yang blogger baru patut tahu

    21 comments:
    assalamualaikum semua. selamat pagi.semakin hari, semakin ramai yang buat blog, bagai sambal tumis yang dibiarkan tak bertutup lepastu semua lalat singgah dan buat anak. macam tipu je peribahasa ni.

    1. ENTRY
    berhati hati dengan entry/post yang di tulis  dan kerap update blog. tulislah entry yang buatkan orang enjoy bila baca. kalau tak sempat, selalunya aku akan re-post je entry yang lama.

    2. BLOGWALKING
    pergi ke blog orang lain, tinggalkan jejak di shoutbox, tinggalkan komen, follow.

    3. CHATBOX/SHOUTBOX
    letakkan shout box. shout box ni memang amat berguna kalau orang nak blogwalking.

    4. TEMPLATE
    pilih 'rupa' blog korang dengan betul.

    5. COMMENT
    kalau nak orang komen entry kita, kita pun kena rajin komen entry orang.

    6. NUFFNANG
    letakkan iklan diaorang. boleh jgk tambah income.

    7. CAPCHA 
    pegi dekat setting,  klik dekat comments, tengok dekat  word verification for comments, tick dekat NO, save. takde dah capcha, orang pun seronok nak komen.

    8.  WIDGET
    jangan letak terlalu banyak widget. loading lama, blog berat, orang malas nk masuk.

    9. sila komen kalau nak tambah.

    p/s : shoutbox dah berpindah ke tab di atas
    p/s/s : comment form ada di bawah tajuk entry
    p/s/s/s : blog tengah tak betul kan? tak boleh nak bukak dashboard langsung. nak follow pun susah.
    p/ dan s empat kali :  nak pegi tenangkan fikiran lepas kena spam dekat shoutbox sebab blogwalking yang terlampau.

    aku pun blogger baru juga :)

    isk. frust lah camni.

    11 comments:
     .

    assalamualaikum semua. selamat malam. sorry lah, aku tak blogwalking petang tadi. blog aku dah kena banned sebab blogwaking terlampau. pelik jugak la, aku blogwalking pun orang tak suka. aceceh. ringan je mulut. ntah ntah sistem yang banned aku. tak banyak blog yang aku jenguk tadi. singgah tinggalkan komen je dekat blog diaorang.

    macam yang aku cakap, aku offline kejap tadi sebab nak tenangkan fikiran. dalam asyik dok kemas rumah, buang taik cicak, taik kucing. tertoleh dekat kalender. main cak cak dulu dengan kalendar. "haih, lagi sebulan nak puasa! baju raya tak tempah lagi. dah masuk bulan puasa nanti, mula la tukang jahit tak terima tempahan lagi. "  mujur puasa dah ganti.

    isk. tolong! aku bukan nk cerita pasal buan puasa dan raya.

    "normalkan aku?" ceh. bajet gila ayat.

    1. dulu masa sekolah, cikgu selalu suruh kitaorang buat nota guna pen warna warni. dia cakap, otak sukakan warna, jadi kita mudah ingat nota tu. tapi bagi aku, aku lagi suka kalau tulis nota guna pen biru. selalu guna ball pen fabercastell 0.5. nota lagi nampak kemas. tak serabut. nak baca pun senang hati.

    2. otak suka bermula dari tengah. contoh : aku suka tulis mula dari tepi. jugak sebab nampak kemas.

    hish. pening lah.

    ps : give away pertama blog salwaismail start besok! jom join ramai ramai.

    Saturday, June 25, 2011

    Bang , jom g jalan jalan

    46 comments:

    nak join jugak? jom.

    Thursday, June 23, 2011

    entry comel untuk orang comel seperti mereka

    32 comments:
    assalamualaikum semua. tajuk entry tak ada kena mengena dengan contain entry ya kawan kawan.  oh please, ini bukan kipas punya entry. tapi jujur. tak perlu saya tulis panjang panjang. 


    pergh. style!


    mak ai, ramainya followers dia. 


    isk. bila la agaknya aku nak dapat seramai tu jugak?


    bestnya ayat ayat dia. mesti dah lama blogging!


    eee! lawanya! eee! comelnya! eee! hensemnya! geramnya!


    dan

    etc. 

    mereka pemilik  blog yang aku tak akan terlepas baca.





     


    saya suka gaya penulisan anda.

    Wednesday, June 22, 2011

    tak habis habis mintak tajuk.

    14 comments:


    assalamualaikum semua. sihat? aku kat sini sihat je. tapi hujan kat sini kemain lebat dari subuh tadi. wah. dah lama aku tak guna ayat ramah tamah gini. kelmarin pegi gurney plaza grab baju sebab aku terfikir nak buat giveaway untuk para followers tercinta. next week nak start, korang join lah ramai ramai. ajak kaum kerabat join sekali okay?

    korang  boleh tengok entry entry lama aku. amat memalukan. aku sengeh sorang sorang kalau baca balik. tiap hari aku cuba tulis entry yang baik baik. dulu aku blogging sebab hobi, minat. tapi sekarang, aku blogging cuma sebab nak duit dari nuffnang.

    para pembenci tegar, anonymous jahat yang dah buat aku hilang minat nak blogging. terus terang aku cakap, aku betul betul tak faham dengan si anonymous jahat. dia selalu cakap aku tak bagus situ, tak bagus sini. okay,  aku tak bagus, jadi kenapa dia mesti cemburukan aku? tapi syukur alhamdulillah, sebulan ni, tak ada dah gangguan anonymous.

    terima kasih kepada yang kerap masuk blog aku. dulu traffic aku 150 unique visitor je paling tinggi setiap hari. tapi sekarang dah berganda ganda. aku minta maaf sangat sangat kalau korang tag aku untuk contest/giveaway.  aku sibuk dan tak reti buat entry untuk contest. contest kak safra tu aku masuk jugak sebab tengah takde duit. :P

    untuk semua pembaca setia/ pembaca tak setia/ followers/ pelawat/ blogwalker/ liker yang selalu like entry/ kawan kawan, terima kasih banyak. kepada yang dah like blog/ entry aku, add la aku dekat fb korang sekali. baru la aku tau yang korang dah like & boleh like blog/ entry korang balik nanti.

    korang beli shawl lawa tapi murah kat blogshop mana ah?  nak link :D

    Tuesday, June 21, 2011

    ada orang cakap :')

    6 comments:

    entry pendek, tapi jujur.


    ada orang cakap,
    kau ni tak habis habis dengan blog kau tu. aku tengok bukan ada apa pun. tak syiok macam iklan mee dalam tv pun.

    ada orang cakap,
    eleh kau, nak tegur orang konon. kau pun 2x5. perasan bagus.

    ada orang cakap,
    korang tau tak, dia blogging tu pun sebab nak fofular je. dia kan tak fofular macam kita kat sekolah dulu. sekarang dia nak cari publisiti murahan la tu.

    ada orang cakap,
    kahkahkah. edit gambar bagi cantik. padahal muka macam cokodok basi.

    ada orang cakap,
    dia tu memang la. belagak je lebih. padahal hampeh. baju pun beli pasar malam je. 2 singgit, 2 singgit!

    ada orang cakap,
    belagak sial perempuan tu. lalu sebelah pun gwa pun tak senyum! dia ingat dia banyak cantik?

    ada orang cakap,
    kau ni tak boleh pakai seposen pun! aku follow kau, bukan kau nak follow aku balik.

    ada orang cakap,
    baru ada 1000 followers, dah gelabah teruk. hanis zalika, fatin liyana, ada berpuluh puluh ribu followers tak kecoh pun.

    ps : saya tak bagus, tak semua orang suka saya. walau apa pun orang cakap, saya tetap tak mampu puaskan hati semua orang. maaf. :')

    ada orang cakap. okaybai.

    Sunday, June 19, 2011

    fatin liyana kena lamar. so sweeeeet! :D

    17 comments:








    http://azizhazmipage.blogspot.com

    Wednesday, June 15, 2011

    #1 wordless wednesday

    9 comments:
    ps ; salwa yang paling kiri duduk terkangkang tak ayu langsung sambil pegang buah dah gigit separuh titik :D

    tak ada review blog untuk hari ni. besok okay.
    rabu tak ada perkataan. okaybai.

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Tuesday, June 14, 2011

    aku kidal. kau ada?

    23 comments:
    dulu kat sekolah memang bangga jugak la bila sampai masa buat nota. konon nak tunjuk kat orang yang aku ni special la sebab tulis tangan kiri. padahal tulisan buruk nauzzubillah. sebenarnya masa sekolah rendah dulu, aku boleh tulis guna kedua-dua belah tangan. makin lama, aku jarang guna tangan kanan sebab bagi aku, tangan kiri lebih selesa sampai lah sekarang. tulisan tangan sebelah kanan aku makin lama makin buruk. 

    Kelebihan
    1. Mudah dalam menulis bahasa arab
    2. boleh melakukan 2 pekerjaan sekaligus (menurut hasil penelitian).
    3. Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
    4. Lebih kreatif dan pemikir. sesuai dalam bidang seni, musik, dan menulis.
    5. Lebih cepat dalam berfikir baik dalam bidang olahraga, permainan komputer dan sebagainya

    Kekurangan
    1. sukar dalam menggunakan gunting. bila terlalu lama menggunakan gunting, tangan akan terasa sakit.
    2. Tulisan yang di tulis akan terhapus/tercoret apabila ditulis menggunakan pen dakwat cair
    3. kebanyakan barang dibuat untuk orang tangan kanan. contoh : Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
    4. Menurut hasil penelitian, orang kidal lebih banyak memiliki masalah psikologi kerana orang yang kidal kebanyakan menggunakan otak kanan, dan otak kanan tersebut berfokus kepada emosi dan pemikiran artistik.
    5. sukar menulis di dalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
    Orang kidal pintar?

    Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

    ini hasil google dan apa yang aku sedia tahu.




     aku kidal. kau ada? okaybai.

    Sunday, June 12, 2011

    1000+ followers

    13 comments:
    a very big thank you untuk semua followers http://salwaismail.blogspot.com. tanpa korang, blog aku ni takde nilai. aku start blogging guna http://salwaismail.blogspot.com ni april 2010. sekarang dah jun. kiranya lebih kurang setahun dua bulan dah. tyvm semua! :DD kalau ada yang nak tukar link/banner dengan aku, tinggalkan je komen okay? :) followers ke 1000 aku : http://fienieyramziey.blogspot.com


    1000+ followers. i love you!
    okaybai.

    Thursday, June 9, 2011

    kau dengki? aku peduli apa.

    13 comments:
    entry khas segar dari ladang untuk hater/haters blog salwaismail.blogspot.com

    kau post komen. aku publish.
    kau tinggalkan pesan. aku baca.
    kau mengata. aku buat tak tau.
    kau dengki. aku peduli apa.

    aku bayar broadband guna duit sendiri.
    aku blogging guna laptop sendiri.
    aku post entry guna jari sendiri.


    kau nak tau, nuffnang dah bagi tiga cek dekat aku.
    kau nak tau, followers aku dah dekat seribu.
    kau nak tau, aku sebenarnya ada empat blog.
    kau nak tau, traffic aku makin naik kalau kau masuk tiap hari.
    kau nak tau, aku tak pandang orang macam kau.
    walaupun sebelah mata.
    jadi teruskan membenci.


    let the hater hate


    aku suka bila kau dengki. eh betul, tak tipu. jadi buat la selalu. ;)
    kau dengki? aku peduli apa. okaybai.

    Tuesday, June 7, 2011

    apa sebab korang follow blog orang?

    28 comments:
    as-salam

    makan hati, kunyah lumat aku tengok followers yang turun naik bil dia. kejap ramai kejap sikit. followers blog ni semua pakat unfollow kot. WTfish. okay takpe takpe. kalau kau taknak follow pun takpe. tak paksa. lagipun, aku tak amalkan pun 'u follow, i follow'. *aku AMAT sedih.*

    aku follow belog yang sempoi sempoi sebab belog tu memang sempoi. belog baru pulak aku follow sebab aku nak tuan belog tu bersemangat nak blogging bila tengok ada orang follow belog dia. *aku pernah rasa yang ini.*

    cuma nak pesan, follow blog ini kalau betul betul suka SAHAJA. kalau follow lepas tu bagitau aku, lepas tu aku follow kau balik, lepas tu kau unfollow aku, lepas tu aku geram, lepas tu baik tak payah. okay, abaikan segala 'lepas tu' tu.

    pesanan tegas/ awas/ warning :
    aku akan layan 'u follow, i follow' kalau belog kau betul betul tambat hati aku SAHAJA. aku follow ikhlas. tak payah follow aku balik kalau tak suka/ terpaksa. aku appreciate kalau kau follow balik. terharu. *ini betul betul.*


    hanya wajah gembira ketika makan malam bersama keluarga tercinta untuk post pendek yang menyakitkan hati jiwa dan raga aku. :'(

    Wednesday, June 1, 2011

    nak saya editkan blog kauorang?

    17 comments:

    Tengok blog aku, kalau rasa okay, baru buat tempahan okay? :)

    RM7 sahaja. bayaran : Topup.

    # background

    # double underline *

    # facebook like button *

    # iklan nuffnang statik (macam aku) *

    # blockquote *

    # nota bawah entry *

    # post tittle background

    # sidebar tittle background

    # favicon *

    # rainbow link *

    # online user widget *
    # Kalau berminat, cari aku dekat Facebook.