}

Monday, November 28, 2011

Selamat Tahun Baru! 1433 ♥

7 comments:
Assalamualaikum

Selamat bercuti, salam awal muharram semua dan selamat datang tahun baru! ^^

Entah kenapa dua tiga hari ni air mata jadi sahabat karib. Bukan homesick, tapi hm hm hmm apa ya? Putus cinta? Ah, bila masa pulak aku berpacaran? Caittt. Terkecil hati mungkin. 

Bila difikirkan balik, hidup ni banyak buat silap. Itu silap, ini silap. Sana silap, sini silap. Muhasabah diri. Patut. Tarik nafas, hela. Baik! Ayuh mulakan semula.

Azam tahun baru aku cuma dua ;

  •  Dekan setiap sem
  • Labuhkan tudung, longgarkan pakaian, ikhlaskan hati

Cuma dua, bukan apa, cuma risau tak dapat nak tunaikan semuanya kalau banyak sangat. Sekarang busy sikit, jadinya mungkin banyak entry autopublish lepas ni. Apa-apapun, terima kasih yang berjuta untuk readers yang tetap datang jenguk padahal tak ada update pun.

Nah, habuan lepas rindu. Aku ; seluar putih. hihihi 

Okay byeeeee!

Sunday, November 13, 2011

On The phone With Your Mom.

11 comments:

Friday, November 11, 2011

Renab : Seekor mati, seekor lagi sakit.

8 comments:
Assalamualaikum

Korang ingat lagi tak dekat Renab aku? Sobsobsobss sedih sangat sebab sekor (yang bulu coklat) dah mati. Kesian dekat yang sekor lagi. Dah takde couple. Tak tau kenapa dia mati. Jumpa je, dah jadi bangkai. Aku rasa semua ni kerja anjing yang selalu merayap tu. Iskiskisk. Redha jela.

video


Oleh sebab yang sekor lagi tu dah mati, yang sekor lagi jadi sunyi. Dia tak sihat. (Aku agak laaa..) Dia taknak makan. Padahal sebelum ni dia yang paling kuat makan. Dia nampak macam tak larat sangat.
.
Sebab takut dia mati macam couple dia tu, abang aku bawak pegi doktor haiwan. Dia kena injection. Doktor tu cakap benda ni memang dah biasa jadi dekat arnab. Lega je rasa. Mueehehe :3

.

Iklan Program Transformasi Kerajaan (GTP) Yang Super Awesome!

1 comment:
Assalamualaikum

Korang perasan tak iklan-iklan bawah ni dekat tv? Kreatif kan? Walaupun iklan transformasi kerajaan ni panjang sikit dari iklan-iklan yang biasa, tapi langsung tak membosankan. Doodles yang dia lukis dalam video tu pun comel-comel!




Nak tengok versi English, boleh pergi terus ke cannel GTP sendiri : http://www.youtube.com/user/gtproadmap

P/s : Ini entry auto-publish :)
.

11/11/11 : Jam 11:11 pagi

4 comments:
Assalamualaikum

Muehehe. Hari ni 11/11/11. Cun kan? cun kan? Ehem. Aku tak nak terlepas post entry hari bertuah ni. Aku tak mau terlewat sejam mahupun seminit, jadi aku buat entry ni scheduled/ auto-publish. 11/11/11 : Jam 11:11 pagi.

11/11/11 : Jam 11:11 pagi

Lepas ni boleh bagitau anak, cucu, cicit, "Opah pernah publish entry dekat blog tepat 11/11/11 jam 11:11 pagi. Korang hado?" muehehe

.

Tuesday, November 8, 2011

Buat entry/keyword lucah sebab nak trafik dari Google?

13 comments:
Assalamualaikum

Aku nak share sikit dengan korang semua. Sekarang kan dah pelik sikit. Ramai blogger makin suka tulis entry lucah. Aku tak cakap semua blogger, tapi 'ramai blogger'. Sebabnya? Nak tarik trafik dari Google guna keyword-keyword lucah.


Sekarang ni, korang semua tak payah tulis entry-entry tu lagi dah. Boleh klik kalau tak nampak. Semua yang ada anak panah merah tu, semuanya keyword freebies. Buat freebies pun boleh dapat trafik. Tak payah susah-susah buat entry lucah! muhehe

.
 p/s : Ini entry auto-publish.

Monday, November 7, 2011

Antara musician yang aku suka part 2 ; One Republic

5 comments:
Assalamualaikum

# Entry sebelum : Antara musician yang aku suka ; Coldplay

Dari zaman dulu-dulu lagi aku suka One republic ni. Lagu yang selalu aku dengar dulu, Apologize. Sampai boleh hafal lirik dia kot. haha

"It's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late
It's too late to apologize, yeah"

Lagu-lagu diaorang banyak jugak yang best tapi setakat ni aku cuma suka Apologize, Secret, dengan Good Life.


Secret by One Republic lyrics

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til’ all my sleeves are stained red
From all the truth that I’ve said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I’ve been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

My god, amazing how we got this far
It’s like we’re chasing all those stars
Who’s driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don’t really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got no shame
Got no family I can blame
Just don’t let me disappear
I’mma tell you everything

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

Secret ni kalau tak silap Maddi Jane ada buat cover dia. Seriously Maddi Jane punya version best. Tapi dia macam tak cukup nafas sikit. aku tetap suka yang original. lalala~ Kalau nak tengok version Maddi Jane, sila pergi carik sendiri pasal aku malas.

p/s : Entry autopublish
.

Cerita Raya Kelmarin

4 comments:
Assalamualaikum

Raya haji kelmarin rasanya lebih letih dari raya puasa yang lepas.

Raya haji tahun ni rumah aku buat mee kari je. Kuih-kuih takde. Raya haji, budak-budak tak datang kutip duit raya. Semua duduk dalam rumah tengok tv je. Macam tu la jugak aku. Hihi. Petang tu baru busy. Ramai adik beradik datang. Aku yang layan. Mak aku duduk menyembang je. Adik-beradik aku semuanya ada anak kecik. Macam biasa, aku jugak kena main dengan budak-budak tu.

Gambar cilok Google je.

Petang lagi sikit, aku jadi tukang masak. Eh tak, tukang potong memotong je. Siap-siap barang untuk buat ayam bakar dengan salad. Perap-perap ayam semua mak dengan kakak yang siapkan. Sos black paper abang aku buat. Salad aku yang buat. Mueeheheh sedap kot! Pandai aku buat.


Malam sibuk bakar membakar pulak. Oh ya, salad yang aku buat tu laku gila. Tak sampai sejam, habis dah orang kebas. Mesti la habis, dah sedap. Semua cukup rasa. hihi


Aku tak buat kerja teruk pun malam tu. Cuma tolong angkat-angkat pinggan, cawan je. Ulang-alik keluar masuk rumah. Tu pun kejap je. Best la jugak malam tu. Kenyang perut sampai terbawak-bawak masuk mimpi.

.

Saturday, November 5, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Alidiladha 1432 Hijrah

6 comments:

Selamat Menyambut Hari Raya Alidiladha 1432 Hijrah 

.

Oh Vegetarian!

8 comments:
Assalamualaikum

Hi korang. Hm hm hmm. Benci betul aku tengok blog ni. Hodoh sangat. Dua, tiga jam jugak aku google cari background cun-cun. Tapi langsung tak jumpa.

Sebenarnya aku try jadi vegetarian seminggu. Seriously jadi vegetarian ni memang tak nikmat langsung. Rasa membazir sangat nikmat hidup ni. Ah over pulak. Awalnya memang semangat sangat. Kononnya nak merasa jadi seorang vegetables vegetarian sampaikan mee segera pun beli perisa vege. Mueehehe




Tapi macam biasa, hangat-hangat tahi ayam.


Hari ke 6 dah goyah joyah sangat-sangat. Mata terkebil-kebil, kaki menggeletar tengok burger. Burger favorite food aku tuuuu. Air liur melaleh tap-tap-tap-tap-tap. Okay, cuba bayangkan.

Hari ke 7 / hari terakhir mendera diri sendiri, rasa macam merdeka je. Terus upah adik RM2 pergi beli burger simpang depan rumah.

Kesimpulannya,

Jangan jadi vegetarian.


 .

Thursday, November 3, 2011

Saya golongan darah A!

11 comments:
Assalamualaikum

Aku golongan darah A+, korang? Hihi. Aku tak pernah tau pun yang aku ni darah A+ sampailah satu hari tu aku nak derma darah. Dah masuk 18 tahun, baru tau diri sendiri darah ape. Kesian tak? Bawah  info pasal darah A yang  sempat aku Google sebelum buat entry ni tadi.

Aku golongan darah A hihihi


Ciri khas individu jenis darah A:
* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
* Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Sifat :
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

Oh, penyayang rupanya aku ni. Mueheeheh

.

Wednesday, November 2, 2011

41 Darjat Wanita Solehah

9 comments:
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.

6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.

12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.

14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).

17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.

18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.

20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.

24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.

25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.

33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.

Kredit : http://al-mukmin.com

Tuesday, November 1, 2011

First Time Menang GA

25 comments:
Assalamualaikum

Alhamdulillah, kali ni ada rezeki aku hasil join giveaway yang Kakak Suhaila anjurkan. Apa yang special pasal GA ni, kita tak payah susah-susah buat entry. Cuma tinggalkan link dekat ruangan komen entry dia je. Apa-apapun, terima kasih untuk Kak Suhaila sebab sudi pilih aku jadi pemenang.

Jom singgah blog beliau : http://cintairmata.blogspot.com




Asalnya aku tak tau pun aku menang. Mujurlah Kak Fara tolong bagitau. Siap kasik link lagi. Jadi dengan kadar segeranya aku terjah dan emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon dekat Kak Suhaila.


 .